Saturday 25 October 2008

D-SLR : Trend atau Fenomena ; Pelaburan atau Pembaziran?





Gua kengkadang rasa kelakor plak biler menda2 camni pun bole jadi buah bicara. Do we really need DLSR? Pakai kamera kopak-kapak pun bole tangkap gambor jugak kan? Emmm..sgt subjektif soalan gua ni. Wokey la, cuba lu tgk contoh yg gua bagi ni ;

1) Kenapa lu tgk TV3 sedangkan lu pun bole tgk RTM1 ?
2) Kenapa lu pakai keter Stream sedangkan lu bole pakai Kelisa ?

Agak ironi soalan yg gua tanyer tu , tapi kalau lu all tgk betul2, yg mana2 pun lu pilih bole memberikan basic output yg agak sama, cuma yg membezakan ialah tahap keselesaan dan kepuasan.

Gua rasa mana2 individu yg merasakan DSLR sebagai satu bentuk pembaziran , perlu melihat kegunaannya dlm komposisi atau kapasiti yg positif. Jgn jadikan kelebihan sesorang individu sbg kekurangan diri sendiri!

Gua melihat tahap peningkatan penggunaan DSLR di Cheetham ni sbg satu fenomena yg sungguh positif yg secara tak langsung mampu memberikan kepelbagaian dr sudut2 kreativiti individu yg memilikinya. Rata2 kelompok peminat DSLR di Cheetham ni agak akrab utk membincangkan hal ehwal senjata masing2.

Emmm, posting ni kalau nak dikupas mmg bole jd berjela-jela...tapi setakat yg gua tulis tu cuma pandangan peribadi gua. Pandangan lu org plak amacam?

PEACE THROUGH VIEWFINDER...

5 comments:

Anonymous said...

chaaa! ape soalan ni chaa..

gua tgk parabola dan dvd aje chaaa!

gua pun pakai public transpot aje chaaa...

"D-SLR ni kalau gua ade duit gua pun beli chaaa"..gua sokong manchester united laa..gua punya favourate team chaa..

hahhahahaaa!

Anonymous said...

Aikkkkkkkkkkkk!!!!!! Malaysiakini versi Cheetham HillKini la pulak....

Menjawab soalan: Bagi gua sebelum gua decide nak beli... gua rasa membazir, tapi once gua dah tahu dia punya kelebihanya... tak de la pulak membazir!!!! Tujuannya bila camera kopak-kapak gua tak boleh menghasilkan hasil gambar yg diharap2kan utk merakamkan saat2 berharga dibumi Manchester ini... yg takkan ada peluang lagi bila gua dah balik nanti... so... DSLR gua sangat2 membantu. Walaupun gua tahu camera DSLR ni murah lagi kat Malaysia. Lagi satu, bagi gua... tambah lagi satu hobi yang baik... tambah lagi satu ilmu. Cuma kalau nak beli... beli mengikut keperluan... kalau nak jadi PRO beli la yang mahal(untuk PRO)... atau yang dah terlebih duit... Gua beli, ikut gua nyer badget.

Anonymous said...

Beli atau tidak...? Persoalan ini bukan setakat DSLR malah Merz, MPV, LCD TV, Italian furniture, pinggan mangkuk Portmerion, Royal Albert dsbnya, designer handbag/kasut/kain baju malah apa saja yang rasa teringin nak beli, mampu nak beli atau tak mau beli langsung. Very subjektif bila nak memperkatakan samada perkara ini trend atau fenomena. Mungkin yang lain2 itu tidak jelas nampak di mata, yang jelas sekarang rata2 komuniti Cheetham Hill akan ada ditambahan `benda' dibadan yang dinamakan DSLR. Bermula dengan peringkat pertama hanya 5 org sahaja memilikinya dan saya rasa kami org yang ke 6, sekarang telah menular hampir 70% sudah memilikinya. Saya juga bermula dengan camera `kotak' berjenama Canon yg ketika itu saya rasa sudah cukup puas hati dengan hasilnya. Tetapi bila melihat fotopages rakan2 yg memilki DSLR tentang kualiti gambar, hati mula berdetik utk memilikinya. Hampir 3 bulan memikirkan perlukan kami membeli DSLR ini hinggalah pada suatu hari `bedmate' saya berkata, `kalau nak beli pun di sini sahaja kita mampu dan hanya disini sahaja kita akan betul2 menggunakannya'. Seminggu selepas itu kami mengambil keputusan membeli. Sehingga hari ini DSLR itu amat2 memberi kepuasan kepada kami sekeluarga dan kami merasakan hasil titik peluh melakukan kerja2 part time demi `seketul' DSLR memang berbaloi. Macam ni lah.....apa sahaja yang kita teringin di sini, belilah jika kita mampu & jika ianya memberi satu nikmat kepada kita. Tak perlu tiru atau ikut orang. Tak perlu juga berhasat dengki jika org lain memiliki dan kita tidak, itu akan memakan diri kita sendiri dan menjadi racun yang kita sendiri tidak tahu ianya telah memamah sebahagian dari kehidupan kita di sini. Tak siapa pun akan mencemuh kita jika tidak mempunyai apa yang org lain ada...kecualilah kita sendiri yang merasakan demikian. Duit kita, hanya kita yang berhak ke atasnya. Renungkanlah.....

Anonymous said...

chaa rela mati bila baca blog dalam blog ni... hehehe

abg chaa

Anonymous said...

Please...nak satu DSLR...huhu..kena tanamkan azam untuk dapatkan satu..haha